SEJARAH BLOG INI

Selamat Datang ke blog kami. 

    Di slot khas ini admin akan berkongsi sedikit sebanyak mengenai sejarah mengenai blog ini. Persoalan mengenai bagaimana blog ini tercipta dan siapa yang menciptanya pasti akan terjawab didalam slot ini.

   Mengapa pembaca harus tahu semua ini? Rasionalnya disini ialah agar pembaca merasa lebih dekat dengan admin. Bak kata orang tua-tua, "tak kenal maka tak cinta." Selain itu, slot ini juga bertujuan untuk para pembaca tahu mengenai objektif blog ini dicipta.

   Blog ini telah dicipta oleh tiga orang guru pelatih TESL iaitu admin bertiga sendiri iaitu Fatin Natashya, Bevlyn Bhelsea Benadict dan Nicole J.Michael. Blog ini dicipta pada tarikh 15 Febuari 2012 mewakili PPISMP TESL SJK(C) Ambilan Jun 2011. Pada mulanya admin sekalian hanya menyertai Pertandingan  Mencipta Blog IPG Lestari untuk mengelakkan diri sendiri dan rakan-rakan daripada melakukan khidmat masyarakat. Namun, semasa mencipta dan membuat pelbagai bacaan mengenai alam sekitar telah membuka mata para admin mengenai kepentingan alam sekitar dalam kehidupan admin seharian. Terpilih ke peringkat akhir bagi pertandingan di IPG Kampus Gaya adalah sesuatu yang kami tidak pernah jangkakan. Syukur dan terima kasih kami ucapkan ke hadrat Ilahi untuk peluang yang telah diberikan kepada kami.

   Peluang yang telah diberikan sudah pasti kami akan gunakan sebaik mungkin dalam sama-sama menyedarkan komuniti kita betapa pentingnya mencintai alam sekitar. Peranan kami sebagai blogger mungkin nampak kecil namun sekurang-kurangnya kami menyumbang sedikit kepada si alam sekitar.

   Dalam blog ini, kami mengetengahkan konsep yang lebih mesra pengguna dan kami sertakan dengan pelbagai info-info yang menarik yang sudah pasti menarik perhatian setiap pembaca. Selain itu, melalui setiap entri-entri kami, kami mengajak segenap pembaca untuk sama-sama berfikir dan seterusnya menghayati betapa pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar kita.

   Di slot ini, admin ingin mengucapakn jutaan terima kasih kepada setiap pihak terbabit yang telah memberikan tunjuk ajar, bimbingan serta kritikan yang membina. Ucapan terima kasih juga kepada saudara dan saudari yang tidak pernah lupa untuk mengikuti perkembangan terbaru blog ini.

   Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam usaha melastarikan alam sekitar kita.

Jadilah sahabat BUMI!

Jadilah sahabat BUMI!

No comments:

Post a Comment