Thursday 23 February 2012

Spesies Terancam di Malaysia

Malaysia amat terkenal dengan pelbagai jenis fauna yang menjadi daya tarikan pelancong untuk datang ke Malaysia. Namun, fauna tersebut semakin diancam kepupusan oleh kerakusan manusia itu sendiri. Dibawah adalah antara spesies yang semakin diancam kepupusan :


1. Penyu Sisik (Eretmochelys imbricata)


Penyu sisik diancam kepupusan kerana kegiatan manusia yang giat membunuh dan memakan telur penyu terbabit. Penyu dan telur-telur yang telah diambil dan diseludup banyak dijual secara haram bukan sahaja di Malaysia malah di negara jiran.








2. Dugong (Dugong dogon)


Kepupusan dugong dikaitkan dengan perbuatan nelayan yang tidak bertanggunjawab. Kebanyakna nelayan bertindak membunuh dan menjual daging dugong yang terperangkap dijaring mereka. Selain itu, nelayan yang menggunakan bahan letupan dalam kegiatan menangkap ikan turut menjejaskan populasi spesies terbabit.


Dennis si Dugong
3. Buaya Jejulung (Tomistoma schlegelii)


Buaya jejulung merupakan satu-satunya spesies dari genus purba Famili Gavialidae yang masih hidup. Buaya jenis ini tidak memakan monyet dan manusia atau mamalia yang bersaiz besar disebabkan mulutnya yang bermuncung.








4. Harimau (Panthera tigris)


Kebanyakan harimau diburu kerana kulitnya yang sangat berharga. Selain itu, harimau juga diburu kerana taringnya yang berguna dalam perubatan.




5. Orang Utan (Pongo pygmaeus)


Antara punca kepupusan orang utan adalah disebabkan oleh pembalakan haram yang mengakibatkan kehilangan habitat spesies tersebut. Selain itu, spesies ini juga diancam kepupusan kerana pemburuan haram.






6. Harimau Dahan (Neofelis nebulosa)
  
Harimau dahan diancam kepupusan kerana habitatnya telah diceroboh malah manusia kian giat memburu spesies tersebut.




7. Badak Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis)


Kepupusan badak Sumatra adalah disebabkan oleh pemburuan haram terhadap spesies ini. Badak Sumatra diburu kerana taduknya yang berguna dalam perubatan Cina.




Jadilah sahabat BUMI!

No comments:

Post a Comment