Wednesday, 15 February 2012

Apa yang kita sudah lakukan?

Kita mungkin buta atau berpura-pura buta kerana tidak melihat apa yang kita sudah lakukan terhadap bumi kita ini. Dalam ghairah mengejar arus kemodenan, bumi kita menjadi korban. Anak cucu kita terpaksa menerima kesan perbuatan kita. Adilkah? Adilkah untuk mereka? Sedangkan bukan mereka yang melakukan kerja terkutuk ini. Ya. Kerja terkutuk. Bumi ini bukan milik kita, kenapa kita begitu tega merosakkan sesuatu yang bukan milik kita?
Bukan niat untuk mendabik dada dan mengatakan kami yang terbaik. Sebagai manusia, kita mudah alpa dengan harta dan kemewahan. Kita sama-sama membetuli diri untuk menjadi manusia yang terbaik.

LIHATLAH APA YANG KITA SUDAH LAKUKAN TERHADAP BUMI INI:











Apa kata anda? Apa perasaan anda bila melihat hasil seni yang kita hasilkan ini?
Bangga?? Atau malu? 

Ayuh. Masih belum terlambat untuk kita mengubati bumi kita ini. (:
Bumi kita hanya satu. Kalau bumi kita rosak, di mana kita mahu tinggal?


Jadilah sahabat BUMI!

No comments:

Post a Comment