Thursday 23 February 2012

5 Bandar Terhijau di Dunia


Lima buah bandar dibawah adalah antara beratus malah beribu bandar di dunia yang telah dinobatkan antara bandar terhijau di seluruh dunia. Bandar ini tidak hanya mempunyai kawasan hijau yang luas tetapi juga giat berusaha ke arah memperbaiki jejak mereka.

1.  REYJAVIK, ICELAND
Bandar ini merupakan sebuah bandar yang secara sepenuhnya menggunakan kuasa daripada tenaga semulajadi. Contohnya geotermal dan hidroelektrik. Selain itu, sistem pengangkutan di sana turut menggunakan teknologi gas hidrogen dan ini menjadikan bandar mereka dinobatkan sebagai bandar yang terbersih di negara Eropah.





Reyjavik, Iceland
2. PORTLAND, OREGON, AMERIKA SYARIKAT
Walaupun terdapat berpuluh bandar di Amerika Syarikat yang tersenarai di dalam Carta Bandar Terhijau, tetapi bandar ini merupakan bandar yang pertama menggunakan sistem transit ringan (light-rail) dan mewujudkan jaringan laluan basikal yang komprehensif supaya penduduk tidak perlu menggunakan kereta. Bandar ini juga merupakan antara bandar yang pertama berjanji akan mengurangkan pelepasan karbon dengan menggunakan bahan binaan lestari.

Portland, Oregon, Amerika Syarikat
3. CUITIBA, BRAZIL
Bandar ini lebih menumpukan aktiviti penyelenggaraan kawasan mereka dengan menggunakan kaedah penghijauan. Sebagai contoh, pemotongan rumput di taman menggunakan kambing biri-biri. Bandar ini juga terkenal dengan sistem pengangkutan transit awam yang terbaik, di mana masyarakat setempat digalakkan untuk tidak menggunakan kereta.

Cuitiba, Brazil
4. MALMO, SWEDEN
Pasti ramai yang tidak pernah mendengar mengenai sebuah bandar yang diberi nama Malma. Namun, hakikatnya bandar ini merupakan antara bandar yang telah dinobatkan sebagai salah satu bandar terhijau di dunia. Malmo merupakan salah sebuah bandar yang terbesar di negara Sweden yang mengalami pembangunan yang pesat. Tumpuan diberi kepada pembangunan kawasan hijau (green space). Bandar ini bukan hanya dikenali dengan taman yang indah tetapi juga pembangunan bandar lestari. Persekitaran bandar ini dianggap sebagai mesra alam.

Malmo, Sweden
5. VANCOUVER, CANADA
Mungkin ramai yang tidak mengenali sebuah bandar bernama Vancouver sebelum ini. Tetapi sejak akhir-akhir ini Voncouver mulai dikenali ramai kerana bandar ini merupakan antara bandar yang pertama cuba untuk mengadakan kejohanan Olimpik musim sejuk yang mesra alam. Bandar ini ditempatkan di tempat lima teratas sebagai bandar paling hijau di dunia kerana aktiviti harian mereka yang dianggap sebagai mesra alam. Sembilan puluh peratus bandar Vancouver menggunakan tenaga hidroelektrik. Angin, solar, ombak dan kejadian pasang surut yang digunakan sebagai sumber tenaga telah menjadikan bandar ini terus kekal hijau. Tambahan lagi, bandar ini juga mempunyai beberapa lagi perancangan buat masa hadapan untuk terus hijau.
 

 Vancouver, Canada

Jadilah sahabat BUMI!

No comments:

Post a Comment