Thursday 23 February 2012

Tips jimat tenaga!


Bukan susah untuk menjimatkan tenaga yang kita gunakan dalam kehidupan seharian!
Berikut merupakan langkah-langkah dan tips untuk menkimatkan tenga.
Sumber : Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna.

  • Lakukan audit penggunaan tenaga elektrik di rumah.Ini dapat menjamin sistem pendawaian yang betul di rumah atau pejabat.

  • Penapis air con mesti dibersihkan dengan kerap.Aliran udara yang lancar dapat mengurangkan penggunaan tenaga.

  • Kompresor mesti dibersihkan Gunakan hos getah(pastikan bekalan elektrik di matikan dahulu).Jika anda kurang mahir berhubunglah dengan juruteknik yang mahir.

  • Matikan lampu pada waktu siang

  • Bagi rumah yang mempunyai kawasan tanah,tanam pokok untuk teduhan.Teduhan dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.

  • Gunakan kipas siling untuk aliran udara.Malahan pembinaan rumah yang mengutamakan aliran secara semula jadi amat digalakkan.

  • Set kipas pada pendingin hawa kapada " ON" daripada "AUTO".Pengaliran udara yang sekata dapat menstabilkan suhu udara dalam bilik.

  • Beli penghawa dingin yang bersaiz betul untuk kegunaan rumah atau pejabat.Unit yang besar menggunakan lebih banyak tenaga.

  • Setkan penghawa dingin pada suhu 24 - 26 darjah celsius,iaitu paras rendah (24 darjah celsius) semasa cuaca panas dan ( 26 darjah celsius) pada musim hujan.

  • Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.

  • Gunakan penyembur air yang jimat air,air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.

  • Perbaiki paip yang bocor,terutama jika melibatkan perkakasan air panas.

  • Mandi adalah lebih baik dari merendam dalam tub mandian.Lebih banyak air panas di gunakan lebih banyak tenaga dibazirkan.

  • Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga,terdapat peralatan yang menggunakan 75% tenaga kurang dari oven yang besar.

  • Koil peti sejuk mesti divakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.

  • 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk dibuka.Keadaan yang sama untuk oven.

  • Jangan memasukkan makanan melebihi muatan peti sejuk.Ini kerana udara sejuk perlu mengalir bebas untuk memastikan makanan disimpan pada suhu yang betul.

  • Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa.letakkan wang kertas satu ringgit dan tutup pintu.Jika wang kertas itu boleh ditarik,anda perlu menukar magnet tersebut (gasket).Guna oven yang mencuci sendiri selepas memasak,apabila oven masih panas.ini dapat mengelakkan masa yang panjang untuk dipanaskan semula.

  • Tutup kuali atau periuk untuk mengurangkan masa memasak,letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.

  • Cuci pakaian dalam muatan yang penuh.Pastikan aras air disetkan pada aras yang betul.

  • Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian,air panas hanya sesuai untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.

  • Elakkan pengeringan pada hari yang cerah.kita dikurniakan cahaya matahari yang banyak.

  • Lampu kalimantang kompak menimatkan tenaga 75% daripada lampu kalimantang biasa.Bersihkan lampu dengan kerap.Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran cahaya.

  • Warna yang cerah memantulkan lebih banyak cahaya.Rancanglah perhiasan dalaman rumah atau pejabat,kerana ia boleh menjimatkan tenaga.

  • Keluarkan palam bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan.kebanyakan peralatan ini terutamanya komputer ,TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suis dimatikan.Jika dinding di rumah tidak ditebat,gunakan perkakasan berat seperti rak buku atau sofa untuk diletakkan disekitarnya.ini membantu mencegah kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.

  • Jika anda keluar rumah untuk jangka masa yang lama tutuplah semua perkakasan elektrik yang boleh ditutup.

  • Melaburlah untuk membeli peralatan elektrik yang 'cekap tenaga".Wang boleh dijimatkan untuk jangka masa panjang dengan pelaburan yang betul.

  • Bacalah label Panduan Tenaga dengan betul.Pastikan anda anda membandingkan peralatan yang setara.Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan besar bagi jenama yang sama.Jangan tertipu dengan jualan rumah daripada promoter.

  • Belilah barangan yang sesuai dengan keluarga anda,untuk mengelakkan pembaziran wang dan tenaga.

  • Jika peralatan elektrik melebihi 10 - 15 tahun,Tukarlah kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

  • Pastikan label 'EnergyStar' ada pada peralatan cekap tenaga.Ini menunjukkan persijilan daripada pihak kerajaan atau membukti peralatan elektrik yang anda beli memang menjimatkan tenaga.Jika peralatan tersebut buatan Malaysia,lihat label 'Cekap Tenaga' yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga

Jadilah sahabat BUMI!

No comments:

Post a Comment