Thursday 23 February 2012

Jom buat baja kompos!

Apa itu baja kompos?


Baja kompos adalah campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria menjadi baja semula jadi yang baik untuk kesuburan tanih.


Kebaikan baja kompos?
baja kompos dapat meneruskan kelestarian alam sekeliling kita.Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan malahan jika kena dengan cara dan keadaannya ianya adalah percuma sahaja.







Bahan-bahan :

  • Sisa makanan buangan daripada dapur ( sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan)
  • Sisa rumput,daun kering atau habuk kayu (kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak boleh gunakan sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil)
  • Najis haiwan ( tidak perlu terlalu banyak)
  • Air
  • Cangkul @ alat yang sesuai
  • Bekas yang sesuai
  • Kanvas atau plastik


PERHATIAN!
Jangan gunakan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau menngangkut sisa makan itu ke sarang ,atau membuat sarang mereka di situ. 
Cara membuat :



  • Masukan sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buah-buahan,rumput,daun kering ,habuk kayu ke dalam acuan 
  • Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering 
  • mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi 
  • Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa balut adunan tadi dengan kanvas atau plastik 
  • Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan
  • Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil. 
  • Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan anda bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan. 
Memang tidak dinafikan, membuat baja kompos ini memakan masa. Tapi apalah salahnya kita berkorban sedikit masa demi kepentingan bumi kerana kita juga tinggal di atas bumi. (:

 

Jadilah sahabat BUMI!

No comments:

Post a Comment